Antarabangsa

Sebar Berita Palsu, Penjara Tiga Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 17 Oktober 2022 – Wartawan dan pengguna media sosial di Turkiye boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun jika menyebarkan berita palsu atau mengelirukan.

Undang-undang media baharu yang dicadangkan oleh parti Pembangunan dan Keadilan (AKP), diketuai oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan itu berkuat kuasa setelah diluluskan pada Khamis lalu.

Perundangan yang terdiri daripada 40 pindaan yang setiap satu memerlukan undian berasingan mendapat tentangan hebat dari kumpulan pembangkang utama Turkiye.

Akta baharu itu dikatakan mengukuhkan cengkaman kerajaan yang sudah kuat terhadap media menjelang pilihan raya yang akan diadakan pada Jun tahun depan.

Ia memerlukan rangkaian sosial dan laman web untuk menyerahkan butiran peribadi pengguna yang disyaki menyebarkan maklumat mengelirukan.

Berang dengan keputusan tersebut, seorang ahli parlimen dari parti sekular Republik Rakyat (CHP) bertindak memecahkan telefon bimbitnya dengan tukul di Parlimen untuk menunjukkan bagaimana kebebasan bersuara dimusnahkan khususnya untuk golongan muda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: