Antarabangsa

Kos Sara Hidup Tinggi: Pendatang Haram Yahudi Ubah Fikiran, Bakal Keluar Dari Wilayah Pendudukan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 19 September 2022 – Kos sara hidup yang tinggi di wilayah pendudukan rejim haram aparteid Israel telah memaksa ramai pendatang haram Yahudi mempertimbangkan untuk kembali ke negara asal mereka atau menetap di tempat lain.

Menurut laporan yang diterbitkan akhbar rejim haram aparteid Israel, peluang ekonomi rejim itu yang semakin merosot mendorong sejumlah besar peneroka Yahudi berfikir untuk menukar tempat kediaman mereka.

Walaupun telah berusaha bertahun-tahun untuk berhijrah ke wilayah pendudukan itu, mereka berubah fikiran dan mengatakan bahawa mereka tidak sanggup untuk menetap di tempat yang mahal sekali gus berpendapat bahawa menetap di wilayah tersebut tidak semestinya menjadi takdir mereka.

“Kami cuba sedaya upaya untuk menetap di sini; tetapi harga yang melangit telah menyebabkan kehidupan menjadi mustahil. Konklusinya, ini bukan tempat untuk kami tinggal,” ujar seorang bapa kepada tiga orang anak mengenai tekanan ekonomi di rejim haram Israel.

Pasangan suami isteri berusia 40-an pula berkata kemungkinan besar akan meninggalkan Israel dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Dalam pada itu, tinjauan yang dilakukan terhadap golongan dewasa muda rejim haram aparteid Israel pada Mei lalu mendapati, hampir separuh penduduk wilayah pendudukan itu tidak optimistik tentang masa depan entiti tersebut, manakala lebih satu pertiga daripada penduduk mempertimbangkan penghijrahan untuk mencari pekerjaan serta memperbaiki kehidupan.

Akhbar rejim zionis itu menyifatkan dapatan tersebut sebagai suatu kebimbangan dan melaporkan bahawa 33% daripada belia Israel sedang mempertimbangkan untuk keluar dari kawasan tersebut. Selain faktor peningkatan kos sara hidup, hal ini terjadi disebabkan oleh keadaan keselamatan yang lemah dan juga perpecahan sosial.

Menurut indeks Kos Sara Hidup Seluruh Dunia tahun 2021 oleh Economist Intelligence Unit (EIU), bandar Tel Aviv telah tersenarai sebagai bandar termahal di dunia menewaskan Paris di tempat kedua dan Singapura tempat ketiga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: