Antarabangsa

Scotland Lantik Lelaki Jadi Pegawai Maruah Haid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

EDINBURGH, 17 Ogos 2022 – Scottish National Party (SNP) dikritik selepas melantik lelaki sebagai “Pegawai Maruah Haid” yang pertama di negara itu.

Menurut rakyat Scotland, pelantikan oleh SNP itu disifatkan sebagai meremehkan intelek wanita dalam urusan haid.

“Pernahkah kita cuba menerangkan kepada lelaki cara bercukur atau cara menjaga prostat atau apa sahaja? Ini tidak masuk akal,” kata ratu tenis, Martina Navratilova.

Pelakon, Frances Barber menggelar pelantikan itu sebagai ‘pelik’, sambil menambah, “Saya tidak tahu bagaimana perasaan wanita Scotland mengenai perkara ini, tetapi sebagai pencinta Inggeris Scotland, saya marah.”

Bukan sahaja kaum wanita, malah, kaum lelaki juga menempelak pelantikan ini.

“SICK: Majlis SNP melantik lelaki untuk pergi ke sekolah untuk bercakap dengan perempuan tentang haid dan haid dengan bermaruah…apakah?” kata ahli perniagaan, Richard Tice.

SNP telah melantik Jason Grant, seorang jurulatih kecergasan sebagai pegawai haid wilayah Tay di Scotland.

Antara tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya adalah seperti mempromosikan akses kepada produk kebersihan wanita percuma susulan Akta Produk Haid yang dimuktamadkan oleh Parlimen Scotland pada 14 Ogos baru-baru ini.

“Saya fikir menjadi seorang lelaki akan membantu saya memecahkan halangan, mengurangkan stigma dan menggalakkan perbincangan yang lebih terbuka. Walaupun memberi kesan kepada wanita secara langsung, haid adalah isu untuk semua orang,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button