Tempatan

Scammer Transaksi Bank : Bank Tempatan Mungkin “Bersubahat” – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2022 – “Bank tempatan ‘mungkin bersubahat’ sebab tegak-tegak tak mahu jejak kehilangan duit yang dibuat oleh scammer,” kenyataan tegas itu dikeluarkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari melalui hantaran yang dibuat di laman Facebook miliknya.

Beliau berkata demikian susulan terlalu banyak aduan kes duit hilang dari akaun akibat aktiviti scammer. Pihak bank pula menurutnya berlepas diri dan tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kes-kes tersebut.

“Kita banyak menerima kes-kes keldai akaun sebagai contoh apabila scammer-scammer ini menggunakan akaun milik keldai ataupun pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil keuntungan malangnya ada juga mangsa-mangsa keldai akaun yang tidak terlibat langsung dengan scammer-scammer ini. Akaun mereka diguna pakai untuk tujuan menerima wang-wang daripada mangsa lain yang kita lihat dua tiga hari kebelakangan ini ada mangsa yang ditipu berpuluh ribu malah ratusan ribu ringgit baru-baru ini akibat daripada akaun yang tidak dikenali,”

Menurut beliau lagi, kesemua transaksi ini dilakukan dengan begitu licik sehinggakan pihak berkuasa sendiri sukar untuk mendapatkan kerjasama dari pihak bank.

“Transaksi ini berlaku dengan begitu licik, walau bagaimanapun, sedia maklum, kita tahu apabila sesuatu amaun duit dipindahkan daripada akaun bank mangsa ke akaun bank scammer sepatutnya kita boleh tahu siapa penerima akaun tersebut dan juga kita boleh tahu sama ada penerima akaun tersebut adalah mangsa keldai akaun ataupun memang scammer.

Jadi, apabila kita dapati perkara ini berlaku, kita cuba minta kerjasama pihak polis dan juga pihak bank tempatan malangnya, kita tidak dapat secara terus kerana keterbatasan kuasa apabila pihak bank sendiri tidak mahu menayang ataupun menunjukkan bukti-bukti pengeluaran duit oleh scammer-scammer ini menggunakan akaun keldai dan juga, pihak polis sendiri juga tidak mahu menjejak akaun ini sebagaimana kes yang berlaku, kita tahu apabila Dato’ Ayob Khan pernah menjejak akaun ataupun kita panggil sebagai ‘money trail’, akhirnya kes Nicki berjaya dibongkar dan ditahan.

Jadi sama jugak dengan kes-kes scammer sebenarnya, pihak bank seolah-olah mahu menutup aib mereka dan juga tidak mahu mendedahkan akaun-akaun ataupun mendedahkan CCTV apabila scammer-scammer ini menggunakan akaun mangsa keldai untuk mengeluarkan duit tersebut dari akaun mangsa keldai. Jadi, secara tidak langsung ia seolah-olah macam mahu menutup scammer-scammer ini yang menggunakan akaun orang lain untuk menipu orang lain,”

Mendedahkan semua ini, Cikgu Izzat Johari menyatakan harapan supaya kerjasama yang lebih baik dapat diperolehi agar akaun-akaun scammer ini dapat dijejak sehingga ke lubang cacing.

“Jadi kita berharap, pihak berkuasa pihak polis terutamanya tolong tegas dan tolong jejak akaun sampai lubang cacing. Kita yakin kerana duit ini selagi mana ia dalam talian, kita boleh jejak mereka sehingga saat mereka mengeluarkan duit tersebut menggunakan akaun mangsa ataupun keluar di mesin-mesin ATM.

Jika akaun ini ditransfer kepada aplikasi Touch’n Go atau Shoppe, kita sebenarnya masih lagi boleh menjejak akaun tersebut dengan kerjasama pihak pengendali aplikasi sebagai contoh, Touch’n Go ataupun Shoppe sebab kita menjejak duit tersebut keluar ke mana dan digunakan dalam akaun siapa kerana benda ini sangat mudah apabila ianya dalam talian tetapi ia disukarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab terutamanya pihak bank kerana tidak mahu mendedahkan bahawa bank tersebut terlibat ada digunakan oleh scammer-scammer untuk memindah milik duit-duit mangsa.

Ini kita mahu bongkar secara terus dan kita nak dedahkan bank mana yang terlibat ataupun sengaja terlibat ataupun sengaja menutup mata membenarkan scammer-scammer menggunakan akaun ataupun perkhidmatan bank tempatan tersebut.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: