Tempatan

Scammer Sasar Guru Pencen Sebagai Mangsa Penipuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 11 Julai 2024 – Guru pencen menjadi sasaran majoriti daripada 3,150 guru yang menjadi mangsa scam seluruh negara bagi tahun 2021 hingga April 2024.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Abdul Muie Ngah berkata, “Menurut data daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), statistik bagi 2021 hingga April 2024 menunjukkan seramai 2,418 orang terpedaya dengan scammer jenis modus operandi jenayah siber dan 257 orang untuk jenis modus operandi jenayah kewangan termasuk 475 untuk jenis modus operandi jenayah pelaburan.”

Angka tersebut merupakan satu angka yang besar dan membimbangkan, ujar beliau.

Sehubungan itu, sebagai langkah pencegahan, semua guru perlu sedar dan mengetahui taktik penipuan scammer agar tidak terjebak dengan tipu daya jenayah dalam talian itu.

Beliau turut menekankan bahawa guru-guru perlu lebih berhati-hati selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam bermula 1 Disember depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: