NGO

Scam Van Jenazah: Hati-Hati Dalam Beramal – Datuk Nadzim Johan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Julai 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil maklum isu sedang tular sejak akhir ini berkenaan kutipan derma oleh orang persendirian bukan Islam untuk sebuah van jenazah bagi kegunaan Institut Kanser Negara (IKN).

Ketua Aktivis PPIM Nadzim [email protected] ingin mengingatkan orang ramai berhati-hati dalam menghulurkan derma kepada mana-mana pihak tidak kira yang terkenal atau tidak.

“Usaha kita untuk bersedekah itu adakah amalan yang mulia dan tidak harus diteruskan jika ada perasaan ragu-ragu,” katanya.

Menurut Nadzim, walaupun tidak ada salah bagi orang bukan Islam membantu dalam kutipan dana van jenazah yang dikhususkan untuk kegunaan orang Islam, namun rakyat perlu berhati-hati dengan ke mana wang itu disalurkan.

“Kita tidak mahu menidakkan kerja amal atau kebajikan yang telah dilakukan oleh individu tersebut, malah kerjasama sesama rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama harus dipuji. Namun, jika penderma ada perasaan ragu-ragu, banyak tindakan yang boleh diambil,” katanya.

Tambah Nadzim, penderma boleh rujuk kepada IKN untuk mendapatkan kepastian sama ada agensi Kerajaan itu ada memohon sumbangan Van Jenazah dari orang awam.

Selain itu, Nadzim turut mengingatkan orang awam terdapat banyak NGO Islam yang menyediakan perkhidmatan urus jenazah secara percuma.

“Jangan terpedaya, bukan sahaja bukan Islam, ramai juga orang Islam yang berselindung di sebalik pangkat ustaz yang menyalahgunakan agama dan mengenakan cas tinggi dalam pengurusan jenazah yang sepatutnya menjadi satu fardhu kifayah di kalangan umat Islam,” katanya.

Nadzim mengingatkan orang ramai agar membuat semakan secara teliti sebelum membuat sumbangan dan mereka juga boleh pergi portal yang lebih telus seperti sumbangan.com yang menunjukkan jumlah diperlukan serta amaun yang telah dikutip secara langsung.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila aktivis pengurusan jenazah mendedahkan seorang individu bukan beragama Islam membuat kutipan dana untuk van jenazah bagi kegunaan IKN.

Antara persoalan yang dibangkitkan oleh NGO berkenaan adalah mengapa akaun digunakan kebanyakkan kerja amal oleh beliau adalah melalui akaun peribadi, adakah individu berkenaan menyediakan penyata akaun yang telus serta sejauh mana kebenaran pihak IKN memohon sumbangan sebuah van jenazah dari orang awam memandangkan IKN merupakan agensi atau entiti Kerajaan.

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button