NGO

Pertahankan Islam Dengan Ilmu Dan Penghayatan – YDP Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kami menyatakan pendirian kami bahawa mengukuhkan akidah umat adalah antara cabaran yang sangat penting diberi perhatian berat.

Serangan paling bahaya ialah menggugat akidah umat Islam dengan mencetuskan kekeliruan dan mengikis keyakinan terhadap asas pegangan umat Islam iaitu akidah yang benar.

Kami amat prihatin terhadap gejala kelunturan pegangan Islam terutama dalam kalangan generasi muda yang terdedah kepada pelbagai gerakan yang bertujuan menghancurkan akidah Islam yang dianuti mereka.

Cabaran ke atas umat Islam sangat merisaukan kerana era dunia terbuka kepada teknologi maklumat di hujung jari menyebabkan pelbagai unsur asing yang menyesatkan dan mempengaruhi pemikiran umat Islam mudah tersebar.

Di samping itu, wujud pula gerakan yang merencana merosakkan akidah umat Islam dengan hujah yang mencetuskan keraguan. Golongan yang berfikiran liberal tanpa batas menyebabkan fahaman yang terkeluar dari kebenaran Islam menyerap dalam kalangan umat.

Kami amat mengambil berat terhadap sistem pendidikan yang gagal menanam penghayatan Islam yang benar dan kukuh kepada generasi muda. Wujudnya pelbagai fahaman dan aliran pemikiran yang menyesatkan kini mula merebak di insitusi pengajian tinggi dan keruntuhan akhlak semakin berleluasa.

Kami kesal gejala kerosakan akhlak tidak dapat dibendung dalam kalangan anak muda akibat tersebarnya budaya hidup liar yang berleluasa.

Faham sekularisme, liberalisme dan pluralisme juga mencetuskan kekeliruan terhadap Islam di kalangan masyarakat. Kerosakan pemikiran serta kefahamam yang tidak menepati ajaran Islam menyebabkan pegangan akidah golongan muda mudah goyah.

Kami mengambilkira perkembangan yang sedang berlaku kini menunjukkan cabaran terpenting ialah memastikan pendidikan Islam berjalan dengan berkesan. Semakan terhadap pengajaran dan pembelajaran Islam perlu dilakukan untuk meneliti kenapa sistem pendidikan yang sedia ada gagal menerapkan penghayatan Islam yang kukuh.

Kami juga meneliti dan berwaspada terhadap pihak yang mahu melaga-lagakan umat Islam dengan pelbagai aliran pemikiran yang mengelirukan.

Adalah merbahaya jika umat Islam tidak disedarkan mengenai wujudnya pihak yang berterusan menjalankan strategi memecah-belahkan umat Islam dengan menyerang ajaran Islam itu sendiri.

Kegagalan menumpaskan Islam dan umat Islam melalui gerakan penjajahan, militari dan pencerobohan, maka wujud gerakan yang menumpukan kepada serangan terhadap isi Islam itu sendiri. Umat Islam diserang secara halus dan tidak disedari sehingga nilai hidup Islam terongkai.

Dengan sebab itu, kes mencabar Islam semakin berleluasa dan ia ditonjolkan oleh golongan terpelajar. Ini menunjukkan musuh Islam berjaya menerobos pusat pengajian Islam itu sendiri. Natijahnya ialah Islam telah disalahfahami dan dilabel sebagai agama yang menganjurkan kekerasan.

Kami mencadangkan agar diusahakan suatu pendekatan yang lebih berkesan dan mampu mengukuhkan kefahaman Islam yang betul.

Sementara itu institusi- institusi agama perlu mengkaji semula keberkesanannya menyantuni pelbagai isu umat Islam. Pendekatan yang bersifat “constructive engagement ” (berinteraksi secara membina) untuk mendekati mereka yang terkeliru perlu diusahakan.

Kami menggesa semua wadah Islam di negara ini berkolaborasi untuk menangani isu umat yang semakin kronik.

Kami juga menyeru para mufti agar aktif bersama pelbagai wadah Islam untuk menyantuni pelbagai isu umat Islam.

Datin Aminah Zakaria
YDP Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: