Tempatan

“Saya Sanggup Masuk Islam Untuk Dapatkan Anak Saya”

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 17 Februari 2022 – Loh Siew Hong berkata dia sanggup menukar agama jika cara itulah yang dapat menyatukannya dengan tiga anaknya yang berusia antara 10 tahun dan 14 tahun.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

“Apa yang saya mahukan ialah membawa anak-anak saya pulang bersama saya. Semalam, apabila saya berjumpa dengan anak-anak saya, anak perempuan saya meminta saya memeluk Islam dan saya memberitahunya bahawa saya tidak kisah menjadi seorang Islam asalkan mereka boleh pulang bersama saya,” katanya pada sidang media yang diadakan dengan Presiden Tamilar Kural Malaysia David Marshel pada 15 Februari yang lalu.

Jelas beliau, anak-anaknya kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis buat sementara waktu sementara menunggu permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Februari untuk anak-anak itu diserahkan semula secara rasmi kepadanya.

Beliau memberitahu pegawai kebajikan untuk menghubunginya jika mereka memerlukan apa-apa.

Pegawai kebajikan itu hanya menyuruhnya mengambil ujian antigen RTK setiap hari dan menunjukkan keputusan negatif sebelum dibenarkan untuk melawat.

Namun, beliau tidak menyangka bahawa beliau tidak dibenarkan melawat anak-anaknya dek kerana peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

“Saya hanya mahu melihat anak-anak saya supaya mereka boleh pulang bersama saya tidak lama lagi,” katanya.

Menurut David, sumbernya mendakwa Jabatan Kebajikan Masyarakat sekali lagi memindahkan tiga beranak itu ke rumah lain di Arau, Perlis.

“Menjadikan alasan kenaikan kes COVID-19 sebagai alasan adalah tidak boleh diterima kerana sekarang ini semua sekolah tetap dibuka, semua tadika di bawah jabatan kebajikan tetap dibuka, semua sektor ekonomi terbuka malah pilihan raya negeri pun dibenarkan, jadi kenapa tidak boleh seorang ibu dibenarkan menziarahi anak-anaknya?” soal David.

Tegasnya lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat tiada alasan untuk menghalang Loh daripada melawat anak-anaknya kerana Loh mempunyai perintah mahkamah yang memberikan hak penjagaan penuh untuknya.

Beliau juga menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Rina Harun untuk melakukan sesuatu mengenai perkara ini.

“Ini bukan isu agama sama sekali, ini mengenai seorang ibu yang mahukan anak-anaknya kembali bersamanya,” tegasnya.

KPWKM walau bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa anak-anak Loh Siew Hong telah dipindahkan ke institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang lain.

Kali terakhir Loh melihat anak-anaknya adalah ketika beliau dihantar ke hospital dengan ambulans pada tahun 2019 apabila beliau didera secara fizikal oleh bekas suaminya.

Kini, buat pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun beliau dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Menghalang seorang ibu daripada bertemu dengan anak-anaknya adalah kejam apabila dia mendapat hak penjagaan tunggal secara sah, ujarnya.

Loh mengesahkan beliau telah mendapat keizinan untuk melawat anak-anaknya dua atau tiga kali pada minggu ini sebelum permohonan habeas corpus didengar berbanding seminggu sekali sebelum ini, setelah membuat rayuan.

Leave a Reply

Back to top button