Tempatan

Pusat Jantung Bertaraf Dunia Hospital Serdang Dibuka Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 13 Disember 2022 – Perkhidmatan Pusat Jantung Hospital Serdang mula dibuka pada hari ini untuk orang ramai dengan menawarkan rawatan kesihatan bertaraf dunia.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pusat rawatan itu menyediakan pelbagai fasiliti lengkap untuk pesakit jantung di seluruh negara dengan kadar bayaran serendah RM64 bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40.

“Dengan adanya pusat rawatan jantung ini, lebih ramai pesakit dari seluruh negara dapat dirawat dan ramai pakar serta ahli pasukan sokongan bidang kardiologi dan pembedahan kardiotorasik daripada KKM dapat dilatih untuk memberi rawatan bertaraf dunia,” kata beliau.

Dalam majlis pelancaran Pusat Jantung Hospital Serdang semalam, Dr Zaliha turut menjangkakan pusat ini dapat mempercepatkan proses rawatan pesakit dan tempoh menunggu bagi rawatan angiogram (pengimejan saluran arteri).

Selain itu, pusat rawatan ini juga menyediakan kelengkapan peralatan terkini yang serba canggih dan setanding negara maju seperti sebuah Makmal Jantung Invasif (ICL) di Jabatan Kecemasan (ED) yang pertama di Malaysia.

Ujar beliau, kemudahan ICL dapat memberikan rawatan segera dan terbaik kepada kes serangan jantung akut melalui Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI).

Tambahnya lagi, pusat jantung itu turut menyediakan sebuah dewan bedah hibrid pertama di fasiliti KKM dilengkapi dengan mesin angioplasti dan peralatan dewan bedah yang boleh memanfaatkan sehingga 250 orang pesakit setahun.

“Pusat jantung ini juga mempunyai seunit mesin MRI 3.0 Tesla yang akan digunakan khusus untuk pengimejan diagnostik jantung,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: