NGO

Takziah Kepada Turkiye & Syria, Terima Kasih SMART – PUTRA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRA terlalu sedih dengan musibah gempa bumi yang tertimpa ke atas rakyat TURKIYE & SYRIA dengan korban nyawa yang begitu ramai dan kemusnahan harta awam yang di luar dugaan sama sekali.

PUTRA mengucapkan TAKZIAH kepada semua mangsa yang terlibat dan kepada kerajaan Turkiye dan Syria. Hanya kesabaran serta doa semoga Allah permudahkan ujian yang besar dan luar biasa ini.

PUTRA mengucapkan terima kasih kepada 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke selatan Turkiye untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sana.

Mangsa-mangsa amatlah memerlukan sokongan asas – kebanyakannya makanan dan tempat tinggal seperti khemah, tikar, baju hujan, pemanas elektrik atau selimut. Ia sangat diperlukan, sangat sejuk di sana kerana musim sejuk. Salji turun dan hujan sepanjang hari. Orang ramai perlu kekal hangat. Semoga bantuan dari negara lain juga dapat meringankan beban akibat bencana yang menimpa mereka.

Juga tidak dilupakan, pembunuhan di Jericho menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sejak awal 2023 kepada 43, termasuk lapan kanak-kanak. Kami mengkritik Israel, yang semakin bermusuhan terhadap rakyat Palestin, dan keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki. Mari sama-sama kita mendoakan penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin untuk kestabilan juga Palestin sebagai penjaga tempat suci umat Islam di Baitulmuqaddis.

Semoga Allah Selamatkan ISLAM

PUTRA PERKASA NEGARA

Shahrulufti Sharif
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: