Tempatan

Kicap Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak – Doktor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2022 – Seorang pengamal perubatan, Dr. Mazliana Mazlan menjelaskan bahawa kicap bukanlah makanan untuk anak kecil kerana ia tidak sesuai apatah lagi bagi yang berumur bawah 2 tahun.

“Soya yang diperam sebenarnya bagus, ada kandungan probiotik. Tapi, bila dah letak gula dan garam yang banyak, ada lagi MSG, ini yang tak okay untuk anak kecil kita.”

Tanpa kita sedar, kicap adalah makanan yang mempunyai gula, garam dan MSG yang tinggi sekali gus tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak, jelas beliau lagi di laman sosial, Instagram.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak memandang remeh dengan perbuatan memberi anak-anak makan kicap yang sedia maklum setiap hari ada sahaja anak yang makan kicap.

“Rasa sedap manis gula dari kicap, tambah lagi dengan MSG, memang padu sangat rasa dia.”

Hantaran beliau mengenai pengambilan kicap  dalam pemakanan anak-anak itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: