Antarabangsa

#SaveRayan: Dunia Sedang Berdoa Untuk Keselamatan Rayan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOROCCO, 05 Februari 2022 – Pasukan penyelamat Morocco kini sedang berlawan dengan masa dalam usaha mereka untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang kini sudah 4 hari terperangkap dalam sebuah telaga.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menurut TRTWORLD, operasi menyelamatkan Rayan, yang terjatuh ke dalam telaga sedalam 100 kaki (35 meter) pada hari Selasa baru-baru ini ketika ayahnya sedang membaiki telaga tersebut. dipergiatkan pada hari Jumaat.

Tanda pagar #SaveRayan tular di media sosial membawa bersama doa dan harapan orang ramai agar kanak-kanak malang itu dapat diselamatkan.

“Dia sudah terperangkap di dalam telaga selama hampir 4 hari tanpa panik atau menangis, bagaimana seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun boleh menjadi sangat kuat dan bertahan dalam keadaan sedemikian subhanallah. #SaveRayan,” kata @cicegimeda.

Setakat ini, Rayan dikatakan masih hidup dan bernafas walaupun mengalami kecederaan.

Pasukan penyelamat berupaya memberi oksigen dan air kepada kanak-kanak itu melalui paip yang disalurkan ke dalam telaga itu.

Ketua penyelamat Abdelhabi Temrani memberitahu, diameter telaga itu kurang daripada 45 sentimeter.

Bukan itu sahaja, keadaan tanah di situ juga terlalu berbahaya untuk cubaan melebarkan lubang, bermakna penggalian besar di sekelilingnya adalah satu-satunya penyelesaian.

Terkini, penggalian melintang secara manual dilakukan oleh tiga orang dari pasukan penyelamat, menghampiri Rayan, yang kini dalam keadaan yang sangat lemah.

“Mereka cuba mengeluarkannya secara berhati-hati kerana keadaan tanah yang runtuh, mereka akan menggunakan tiub dan terpaksa mengorek tanah menggunakan tangan. Ia mengambil masa,” kata @SelenaBxl dalam ciapannya.

Setakat artikel ini ditulis, berita terakhir yang dilaporkan adalah Rayan masih lagi bergerak, namun pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk menyelamatkan kanak-kanak kecil itu.

Leave a Reply

Back to top button