Antarabangsa

Saudi Tamatkan Sekatan Penerbangan Terhadap Israel Sempena Lawatan Biden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 16 Julai 2022 – Arab Saudi membuka ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan, yang secara tidak langsung menandakan tamatnya sekatan penerbangan terhadap Israel, bersempena lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kelmarin.

Menerusi sebuah kenyataan dikeluarkan di Twitter, Pihak Berkuasa Penerbangan Udara Saudi (GACA) mengumumkan, “keputusan untuk membuka ruang udara Kerajaan bagi semua pesawat udara yang memenuhi keperluan pihak berkuasa untuk terbang merentas.”

“Keputusan itu dibuat untuk menyempurnakan usaha menyatukan kedudukan Kerajaan Arab Saudi sebagai hab global yang menghubungkan tiga benua, sekali gus mempertingkatkan sambungan udara antarabangsa,” jelas GACA dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Jake Sullivan, Penasihat Keselamatan Rumah Putih AS berkata, Biden memuji keputusan yang dibuat Kerajaan Arab Saudi berhubung penarikan sekatan ruang udaranya.

“Keputusan ini membuka jalan yang lebih bersepadu, stabil dan selamat bagi rantau Timur Tengah, di mana ia penting untuk keselamatan dan kemakmuran Amerika Syarikat dan rakyatnya, serta untuk keselamatan dan kemakmuran Israel,” ujar Sullivan.

Tambahnya, Biden mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan Arab Saudi untuk membuka ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan awam tanpa sebarang diskriminasi. Katanya, ia merupakan keputusan yang termasuk penerbangan dari dan ke Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: