Saudi Perkenal Teknologi AI Ramal Diabetes
ARAB SAUDI, 29 Oktober 2023 – Saudi Co. for Artificial Intelligence akan memperkenalkan sebuah teknologi maju yang menggunakan pembelajaran mesin untuk meramalkan masalah kencing manis dengan menganalisa mata seseorang.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh seorang pegawai tinggi, di mana syarikat yang memperkenalkan teknologi tersebut adalah merupakan sebuah anak syarikat Public Investment Fund (PIF).
Menerusi sebuah temubual dengan media Arab News, ketua teknologi dan pelaburan media PIF, Shahd Attar telah menyatakan bahawa potensi kesan AI terhadap pengeluaran dalam negara kasar adalah peningkatan sehingga $7 trilion menjelang 2030.
Ujarnya,“Dalam tempoh yang singkat, terdapat banyak produk yang berbeza yang sedang kami cuba. Misalnya, salah satu produk yang kami banggakan adalah AI Night Eyes. Ia menggunakan penglihatan komputer AI untuk melihat mata seseorang dan membuat jangkaan kencing manis”.
Namun Attar menjelaskan bahawa teknologi meramal diabetes itu belum lagi dapat dikomersialkan dan memerlukan masa untuk percubaan serta mendapatkan lesen yang diperlukan.
Menurutnya lagi, melabur dalam rantaian nilai teknologi adalah sangat penting dalam pembangunan sektor-sektor lain di dalam negara itu.