Antarabangsa

Saudi Perkenal Maqam: Platform Tempahan Umrah & Visa Atas Talian

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 20 September 2022 – Kementerian Haji dan Umrah Saudi telah memperkenalkan Maqam, sebuah platform yang membenarkan jemaah luar membuat tempahan umrah dan mendapatkan visa secara atas talian.

Platform elektronik Maqam adalah sebahagian daripada usaha kementerian negara itu untuk menambah baik prosedur dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah atau haji.

Lapor agensi media arab, sistem tersebut membolehkan para jemaah memilih pakej umrah daripada ejen sah di negara asal mereka dan melengkapkan prosedur permohonan visa yang diperlukan.

Apabila proses kebenaran selesai, jemaah akan menerima nombor rujukan dan selepas pembayaran dalam talian berjaya dibuat, visa akan dikeluarkan melalui Maqam dalam tempoh masa 24 jam serta akan kekal sah selama 90 hari selepas tarikh ianya dikeluarkan.

Selain itu, visa tersebut turut membenarkan para jemaah melawat beberapa bandar di Saudi untuk mengetahui lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya yang wujud di negara berkenaan.

Kementerian juga memaklumkan bahawa platform Maqam juga boleh digunakan bagi menempah penginapan di kedua-dua tanah suci, penerbangan dari Jeddah atau Madinah serta merancang perjalanan lain dalam negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: