Saudi Lanjutkan Tempoh Penjara Ulama
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RIYADH, 10 Januari 2023 – Mahkamah Rayuan Saudi telah melanjutkan tempoh hukuman penjara Sheikh Mohammed Mousa al-Sharif, ulama negara itu selama lapan tahun, menjadikan tempoh penjaranya berpanjangan selama 13 tahun.
Lapor media antarabangsa, Sheikh Mohammed Mousa dikatakan telah ditangkap sewenang-wenangnya dan dijatuhkan hampir dua dozen pertuduhan termasuk ‘cubaan untuk menjejaskan keselamatan negara’ dan ‘penyertaan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang di dalam dan luar kerajaan’.
Namun begitu, keadaan kesihatannya semakin terjejas apabila disahkan menghidap pelbagai penyakit akibat kecuaian perubatan.
BACA JUGA: Kalau Tidak Kerana Masjidil Haram, Tiada Siapa Mahu Ke Arab Saudi
BACA JUGA: Bumi Mekah Menghijau, Netizen Resah Tanda Kiamat
BACA JUGA: Hijab & Tunik, Uniform Baharu Krew Kabin Wanita British Airways
Sebelum ini, ulama itu pernah berkhidmat sebagai profesor di sebuah universiti, pendakwah dan juga juruterbang. Beliau telah menulis beberapa buah buku tentang ajaran Islam, gaya hidup Nabi Muhammad S.A.W, sejarah dan kesusasteraan Arab.
Selepas Mohammed bin Salman menjadi pemimpin de facto Arab Saudi, negara itu telah menangkap ratusan aktivis, penulis dan intelektual kerana perbezaan pendapat politik.
Meskipun mendapat kecaman antarabangsa, cendekiawan Islam turut dihukum bunuh manakala pejuang hak asasi wanita diletakkan dalam penjara sekali gus diseksa kerana kebebasan bersuara, berpersatuan dan kepercayaan yang terus dinafikan oleh kerajaan negara itu.