Antarabangsa

Satu Dalam Sejuta: Lelaki Hidap HIV, COVID-19 & Monkeypox Serentak!

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANYOL, 27 Ogos 2022 – Seorang lelaki Itali telah disahkan menghidap HIV, COVID-19, dan wabak monkeypox, secara serentak – kes pertama yang diketahui berlaku membabitkan ketiga-tiga virus ini. Perkara ini didedahkan dalam laporan Journal of Infection baru-baru ini.

Menurut laporan, lelaki Itali berusia 36 tahun itu bercuti selama lima hari di Sepanyol pada bulan Jun 2022. Sembilan hari kemudian, dia mengalami demam yang disertai dengan sakit tekak, keletihan dan sakit kepala.

Hasil keputusan ujian perubatan menunjukkan lelaki tersebut telah positif COVID-19. Lebih memburukkan keadaan, tidak lama kemudian, muncul ruam di lengan kiri pesakit dengan vesikel kecil yang menyakitkan merebak ke seluruh badan lelaki itu pada hari-hari berikutnya.

Lelaki itu mendapatkan bantuan perubatan dan dimasukkan ke hospital di unit penyakit berjangkit. Pesakit memberitahu doktor bahawa dia telah melakukan “hubungan seks tanpa kondom dengan lelaki” semasa berada di Sepanyol.

Sampel ujian yang dikembalikan kemudian menunjukkan lelaki itu juga positif monkeypox.

Ujian seterusnya dijalankan untuk memeriksa sama ada individu itu dijangkiti hepatitis virus, herpes simplex, gonorea, klamidia, dan lymphogranuloma venereum. Tiada satu pun penyakit menular seksual ini dikenal pasti. Walau bagaimanapun, ujian HIV-1 kembali positif.

Walaupun dijangkiti tiga penyakit berbahaya serentak, namun rawatan yang diberikan oleh doktor menyaksikan pesakit lelaki berusia 36 tahun itu pulih dengan agak cepat, dengan tanda-tanda cacar monyet hilang hampir sepenuhnya dalam tempoh sepuluh hari.

Berikutan laporan ini, doktor-doktor di seluruh dunia diingatkan bahawa simptom penyakit monkeypox dan COVID-19 boleh bertindih dan wujud bersama.

Malah, para doktor dan pengamal perubatan harus mengambil perhatian tentang “tabiat seksual” dan sejarah perjalanan pesakit.

Jika seseorang diuji positif untuk cacar monyet, saringan lengkap untuk jangkitan kelamin lain disyorkan.

Saintis di Universiti Queen Mary London melaporkan bahawa secara keseluruhan, 98 peratus individu yang dijangkiti adalah lelaki gay atau biseksual, dengan 41 peratus daripadanya menghidap HIV dan median umur 38 tahun.

Cacar monyet bukan jangkitan secara seksual sahaja tetapi juga boleh berlaku menerusi apa jua jenis kontak fizikal rapat.

Leave a Reply

Back to top button