Tempatan

Sarawak Mahu Autonomi Pendidikan, Mahu Dana Terus Disalurkan Kerajaan Persekutuan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 30 November 2022 – “Kami berdoa agar Sarawak diberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap autonomi pendidikan kerana ia aspirasi semua rakyat Sarawak.”

Demikian kenyataan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

Menurut beliau, autonomi pendidikan yang dituntut Sarawak hendaklah termasuk perkara dasar serta pelaksanaan dan Kerajaan Persekutuan akan terus menyediakan peruntukan yang diperlukan.

“Dalam tempoh lima tahun lalu, pelbagai usaha dilaksanakan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak untuk meningkatkan pembangunan fizikal sekolah.”

Ia termasuk menaik taraf dan membina semula sekolah, penyediaan air terawat dan bekalan elektrik, penyediaan pembangunan profesional yang berterusan program kepada pendidik dan penganjuran aktiviti untuk meningkatkan kualiti pelajar,” jelas menteri tersebut.

Oleh itu, mereka akan terus memperjuangkan hak autonomi terhadap pendidikan ini yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sehingga ia dapat diselesaikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: