Tempatan

Kemelut Harga Ayam, Menteri Minta Rakyat Bersabar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 15 Januari 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan akan mengkaji semula harga siling ayam di pasaran bagi memastikan harga ayam lebih stabil.

Katanya, pihaknya akan melakukan perbincangan dengan pemain industri itu untuk menentukan harga siling baharu dalam masa terdekat memandangkan bekalan ayam di pasaran sudah pulih.

BACA JUGA: TPM Umum Sabah, Sarawak Bukan Lagi ‘Negeri’

BACA JUGA: Laporan Polis, Salah Guna Kuasa Terhadap Tommy Thomas

BACA JUGA: Dari Bini Sekolah Rendah Sampai Nak Beranak, Jalan Teluk Cempedak Tak Elok-Elok

“Harga siling setakat ini kita kekal RM9.40 sekilogram tetapi saya lihat di seluruh negara pada hari ini syarikat-syarikat bermurah hati untuk menjual di bawah harga siling, ada yang jual RM7.90 sekilogram, ada jual RM8.90 sekilogram.”

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana insentif mereka ini memberikan banyak ruang kepada rakyat untuk mendapatkan harga yang lebih murah,” katanya selepas melawat Pusat Jualan Ayam Bismi di Alor Setar.

Walau bagaimanapun, Salahuddin tidak dapat memberi gambaran awal sama ada harga siling baharu itu nanti akan lebih murah atau sebaliknya.

Katanya, perkara itu akan ditentukan kemudian dan berharap rundingan baik dapat dilakukan dengan pemain industri.

Dalam pada itu, Salahuddin juga akan mengadakan pertemuan dengan pemain utama industri itu bagi mendapatkan perincian berhubung isu bekalan ayam di pasaran.

Katanya, pertemuan itu diharap dapat mengenal pasti punca kepada masalah yang berlaku dan mencari penyelesaian supaya rantaian bekalan di pasaran dapat diperbaiki.

“Ada empat syarikat besar yang saya akan umumkan nanti, saya akan meneruskan libat urus ini terus kepada mereka, kepada punca dari mana masalah ini berlaku.”

“Jadi tunggu dulu, biar saya dapatkan fakta-fakta yang lebih lengkap daripada kementerian (KPDN), daripada MAFS (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Kementerian Ekonomi dan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri),” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: