Antarabangsa

Warga Palestin Perlu Bersenjata Mempertahankan Diri – Mandela

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 15 November 2023 – Cicit Nelson Mandela yang juga merupakan seorang aktivis politik Afrika Selatan, Mayibuye Mandela telah mengeluarkan kenyataan bahawa warga Palestin mempertahankan diri mereka dan mereka “perlu bersenjata”.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu sesi temu bual bersama media The Russian Time yang mana keseluruhan sesi wawancara tersebut adalah mengenai mendiang datuknya yang merupakan pemimpin bagi gerakan anti-apartheid, serta seruan agar sokongan diberikan kepada warga Palestin.

Mayibuye turut menyatakan bahawa Nelson Mandela telah menzahirkan kesyukuran terhadap sokongan yang tidak berbelah bagi oleh warga Palestin yang berpendirian bersolidariti bersamanya sewaktu berlakunya apartheid di Afrika Selatan.

Beliau turut menyuarakan pendapatnya tentang tindakan Israel yang bersifat sewenang-wenangnya tanpa sebarang pertanggungjawaban. Ujar Mayibuye lagi,

“Kelihatannya seperti Israel hampir mendapat mandat penuh untuk melakukan apa sahaja. Dan saya tidak menyalahkan Amerika, mereka sering berpihak kepada pihak yang salah sepanjang sejarah mereka”.

Beliau juga menyatakan bahawa Afrika Selatan telah mengenakan sekatan terhadap Israel serta “menyeru terhadap keamanan bagi menyokong Palestin”.

“Kedutaan-kedutaan Israel hendaklah dibuang. Makanan di rak, jika ianya datang dari Israel, mesti dibuang. Kita mesti sekat Israel”.

Beliau juga turut menegaskan bahawa warga Palestin dan Hamas mestilah melindungi diri mereka, dan mereka “perlulah diberikan senjata” oleh Afrika Selatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: