Tempatan

Sambutan Hari Kebangsaan: Dilarang Terbangkan Dron Sehingga 31 Ogos Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 Ogos 2023 – Orang ramai diingatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai bermula 21 hingga 31 Ogos ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan sedemikian sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 tidak lama lagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan CAAM, “Larangan ini bagi memastikan sambutan Hari Merdeka dapat diraikan dengan selamat dan mengelak kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam.

BACA JUGA: Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Banjir

BACA JUGA: NGO Kesal OIC Gagal Lindungi Masjidil Aqsa

BACA JUGA: Rakyat Jakarta Bekerja Dari Rumah, Kurangkan Pencemaran Udara

Ia juga bagi mengelakkan berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalani latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan sepanjang tarikh tersebut.

Agensi kerajaan itu turut mengingatkan, “Sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: