Tempatan

Saman Seluar Pendek: Bantahan Hak Asasi Bukan Melayu Dicabul Tak Berasas – Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2023 – “Bantahan bahawa hak asasi bukan Melayu dan sifat kemajmukan negara dicabuli bukan sahaja keterlaluan, ia juga sama sekali tidak berasas. Ini kerana hak mutlak untuk melakukan apa-apa sahaja demi kepentingan kendiri tidak pun wujud di mana-mana, waima di negara yang lantang melaungkan kebebasan penuh untuk segenap perkara.”

Ini penegasan dibuat oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Majlis Profesor Negara (MPN) sewaktu mengulas mengenai isu saman yang dikenakan ke atas seorang wanita yang memakai seluar pendek baru-baru ini.

BACA JUGA: PERHATIAN! Fenomena Air Pasang Perbani Berlangsung 4 Hari Ini

BACA JUGA: Kerajaan Tanggung 4,000 Lesen PSV Kepada Yang Layak

BACA JUGA: Jemaah Haji Dilarang Bawa Balik Air Zamzam Dalam Bagasi

Ujarnya, walaupun negara ini majmuk sifat kependudukannya, ia tetap berteras etnik Melayu-Islam sebagai tonggak utamanya. Justeru, moraliti awam di negara ini ikut dikawal oleh Islam yang merupakan agama negara walaupun atas nama agama Persekutuan.

Felo Institut Masa Depan Malaysia (MASA) itu juga turut menegur kelompok dan pemimpin bukan Melayu-Islam yang dilihat melakukan bantahan dengan agresif dalam isu saman itu.

“Sepatutnya kelompok dan pemimpin bukan Melayu-Islam tidak perlu membantah dengan cara yang begitu agresif, seolah-olah hak asasi mereka telah dicabuli dan negara mula bertukar menjadi ultra konservatif.”

“Perkara yang berlaku adalah peringatan kepada kealpaan bahawa negara ini bertuan. Ia negara Melayu-Islam. Oleh itu, mereka yang bukan asal yang mendiami Tanah Melayu ini dikehendaki menghuninya mengikut hukum tempatan. Dengan kata lain, mereka hendaklah menuruti resam di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Dengan ini, patuhilah peraturan dan adat yang diamalkan di tempat yang didiami,” tegas Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong lagi.

Minggu lalu, tular perdebatan hangat di media sosial selepas seorang wanita bukan Muslim berseluar pendek paras punggung dikenakan kompaun dalam pemeriksaan mengejut di kedainya dekat Jalan Merbau, Kota Bharu.

Menurut Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin, kompaun itu dikeluarkan penguatkuasanya mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.

Tegas beliau, undang-undang itu telah lama berkuat kuasa, termasuk terhadap bukan Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: