Tempatan

KPWKM Tambah Baik Dasar & Pelan Tindakan Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 03 Januari 2023 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menambah baik dasar dan pelan tindakan kanak-kanak susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki akibat didera di Johor baru-baru ini.

Menterinya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata penilaian dasar-dasar semasa yang membabitkan kanak-kanak menjadi tumpuan utama beliau setelah diamanahkan untuk menerajui kementerian tersebut, berdasarkan kenyataan dalam sebuah hantaran di Twitter KPWKM.

Malah, penambahbaikan menyeluruh termasuk dari aspek perlindungan, pemantauan serta pembangunan sosial kanak-kanak akan dilaksanakan demi kanak-kanak di negara ini.

Katanya, dengan perkembangan terbaru ini, faktor-faktor pencegahan termasuk keperluan hukuman yang lebih tegas dan berat kepada pesalah akan diperkemas bagi mengelakkan kes penderaan sedemikian tidak lagi berulang.

Hukuman itu juga berperanan untuk memberi pengajaran kepada ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam memberi penjagaan terbaik kepada kanak-kanak.

Menurut KPWKM, penderaan kanak-kanak boleh meninggalkan impak besar kepada kesihatan mental sekali gus mengakibatkan berlakunya kemurungan khususnya buat mangsa yang kesnya tidak dilaporkan dan kekal tersembunyi.

Justeru, KPWKM menyeru orang ramai agar tidak terus ‘menutup mata’ berhubung isu penderaan kanak-kanak dan disarankan untuk melaporkan sebarang kejadian kepada KPWKM melalui Talian Kasih di 15999 atau nombor Whatsapp 019-2615999, atau segera menghubungi pihak berkuasa berdekatan.

Samudera.my sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut disyaki didera sewaktu berada dalam jagaan rakan kakaknya dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: