Tempatan

Dilanda Tengkujuh, Johor Mula Pindah Mangsa Banjir Ke PPS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 12 Oktober 2022 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor memaklumkan, seramai 17 mangsa banjir di daerah itu telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setelah kediaman mereka dinaiki air semalam.

APM Johor dalam kenyataan memberitahu, kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan yang terdiri daripada tiga buah keluarga itu dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, kira-kira pukul 11 malam.

“Banjir kilat itu berlaku disebabkan hujan lebat yang turun melebihi dua jam bermula pukul 7 malam semalam, menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.”

“Pemantauan sehingga kini masih dilakukan antaranya melibatkan pejabat daerah, APM, bomba, polis, tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).”

Namun, berdasarkan tinjauan terkini, paras air di sekitar Kampung Paya Kenangan sudah mulai surut.

Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa kawasan di negeri ini dijangka akan berlaku hujan beserta ribut petir khususnya di kawasan Johor timur.

Terkini, APM Johor berkongsi maklumat data terkini yang dilaporkan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berdasarkan stesen-stesen yang terlibat berkaitan aras air sungai bagi negeri itu.

Rata-rata paras sungai di Johor menunjukkan pada aras amaran dan waspada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: