NGO

Gadai Islam Demi Kuasa, PERKASA Kecam Kerajaan & Tindakan MCCBCHT – Ketua Penerangan PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
29 SHAWAL 1444H / 20 MAY 2023

Perkasa ingin merujuk kepada kenyataan di Malaysia Kini bertarikh 19 May 2023 bertajuk “Isu kalimah ‘Allah’: MCCBCHST gesa k’jaan kaji semula enakmen negeri”

Inilah kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah allah. Kini MCCBCHT memohon kerajaan supaya menyemak pula kepada peringkat Negeri. Secara jelas Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam tidak lagi dihormati serta membelakangkan Raja-Raja Melayu. Adakah benar Kerajaan sudah mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja Melayu supaya kes rayuan tersebut ditarik balik??

Kerajaan seharusnya tegas dan melindungi Agama Islam seperti di dalam Perlembagaan Negara dan juga mereka berjanji sebelum menjadi kerajaan terutama Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan melindungi Agama Islam, Raja-Raja Melayu serta Melayu Bumiputera.

Perkasa mengecam sikap kurang ajar MCCBCHT . Kamu kena ingat negara ini majoriti adalah kaum yang beragama Islam. Apakah ajaran agama-agama kamu ada menyeru menggangu gugat agama Islam???

Apakah KERAJAAN bodoh atau sengaja diperbodohkan dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan????

Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) secara jelas menyatakan Islam ialah agama Persekutuan.

Jelas sekali Kerajaan bersikap tidak sensitif dan tidak mempertahankan agama Islam seperti yang termaktub Perlembagaan Persekutuan dan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 11(1) menjamin kebebasan beragama di Negara ini dan Perkara 11(4) melindungi Agama Islam.

Dalam Kerajaan ini juga terdapat mereka-mereka yang terlibat dalam kes-kes yang sedang berjalan di Mahkamah dan tidak sepatutnya diberi kuasa dan jawatan dalam Kerajaan.

Apakah demi kuasa Islam kamu digadai???

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
29 Shawal 1444H / 20 May 2023

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: