Antarabangsa

Saksi Penting Kes Korupsi Netanyahu Mati Pesawat Terhempas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

ATHENS, 18 September 2021 – Haim Geron, saksi bagi kes korupsi mantan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, adalah antara dua orang rakyat Israel yang terkorban dalam nahas kapal terbang di Greece pada petang hari Isnin. Seorang lagi yang terkorban adalah isterinya, Esti.

Mayatnya dan isteri ditemui oleh pasukan penyelam berhampiran pulau Samos selepas beberapa jam terhempas.

Pihak berkuasa Greece masih belum dapat mengenal pasti punca nahas pesawat ringan yang diterbangkan sendiri oleh Haim Geron itu.

Haim Geron adalah merupakan mantan Timbalan Pengarah Kementerian Komunikasi Israel yang bertanggungjawab pada pelesenan bagi teknologi kejuruteraan komunikasi.

Beliau diminta memberi keterangan di Mahkamah berikutan skandal korupsi Netanyahu berkaitan pembangunan infrastruktur fiber optik, industri komunikasi dan perkhidmatan telefon Israel.

Netanyahu dituduh menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya bagi menyokong perniagaan kroninya, Shaul Elovitch, pemilik saham terbesar syarikat telekomunikasi Bezeq.

Sebagai tukaran kepada kontrak yang bernilai RM 2.1 bilion, Shaul Elovitch akan mengeluarkan berita-berita yang positif mengenai Netanyahu dan isterinya, Sara di portal berita Walla yang dimiliki oleh Bezeq.

Shaul Elovitch telah memberi arahan untuk membuang artikel-artikel berita, mengubah gambar dan tajuk berita, serta menyunting sebarang siaran yang mengkritik pentadbiran Israel — semuanya bertujuan bagi mempromosi dan memelihara tanggapan awam terhadap Netanyahu dan isterinya.

Perbicaraan skandal korupsi Benjamin Netanyahu kembali dibicarakan di mahkamah pada hari Isnin selepas ditangguhkan selama tiga bulan baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: