Tempatan

Saksi Kes Tanah Rizab PDRM Ditukar Hak Milik Kepada Gereja Dicari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TAIPING – Pihak polis sedang menyiasat dan mengesan saksi yang terlibat dalam kes penukaran tanpa pengetahuan status milikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada sebuah organisasi gereja di Melaka.

Penukaran hak milik tanpa pengetahuan sebidang tanah rizab PDRM di Kamunting itu kepada sebuah organisasi gereja di Melaka terbongkar selepas polis menerima surat daripada sebuah syarikat peguam yang mewakili pihak gereja pada 14 April lalu.

Berdasarkan surat, pihak gereja menuntut hak milik tanah seluas 0.55 hektar di Mukim Kamunting.

“Semakan mendapati tanah rizab Persekutuan itu merupakan bekas tapak berek kelamin dan rumah ketua balai berpangkat Sarjan,” kata sumber.

“Susulan itu, satu laporan dibuat pada 20 April lalu oleh polis sendiri untuk menyiasat status milikan tanah yang sebelum ini merupakan tanah PDRM.”

Pihak polis kini dalam proses mendapatkan dokumen asal tanah tersebut.

“Selain itu, kita juga sedang mengesan saksi bagi tujuan rakam keterangan,” kata sumber lagi.

Bukan itu sahaja, menurut sumber, terdapat satu lagi lot tanah milik PDRM di Kampung Padang Gajah dalam Daerah Larut yang turut dipindah milik tanpa pengetahuan.

“Tanah bangunan polis itu ditukarkan atas nama tiga individu tempatan, namun laporan pengesahan status tanah oleh Pejabat Tanah dan Galian Perak menegaskan tiada sebarang permohonan pelepasan diterima berhubung pelepasan tanah tersebut.”

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan kejadian pemindahan hak milik tersebut yang berlaku di beberapa tanah rizab milik PDRM di Perak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: