Antarabangsa

Ribut Solar Langgar Bumi Hari Ini, Sistem Komunikasi Mungkin Terkesan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

COLORADO, US, 04 September 2022 – Ribut Solar yang agak kuat dan luar biasa berkemungkinan akan melanggar bumi hari ini. Space Weather Prediction Center (SWPC) di bawah National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) mengeluarkan kenyataan tersebut baru-baru ini.

Menurut kenyataan tersebut, Ribut Geomagnetic Tahap G-2 berkemungkinan bakal melanda bumi pada Ahad ini. Ia berikutan aktiviti luar biasa matahari yang dikesan sepanjang minggu lepas. Salah satu tompok hitam matahari dikesan meledak dan meluncurkan bahan yang dibawa bersama ribut angkasa ke arah bumi.

SWPC menjelaskan ribut solar, berkemungkinan memberi kesan kepada lapisan magnetosphere bumi, mengakibatkan perubahan kepada ramalan pergerakan orbit disebabkan geseran atmosferik, gangguan terhadap saluran frekuensi tinggi radio dan cetuskan kejutan voltan di stesen janakuasa pada latitude tinggi. Kesan ribut solar ini juga akan membolehkan para penduduk di hemisfera utara menyaksikan pergerakan aurora yang lebih aktif.

Walau bagaimanapun, SWPC meletakkan kadar kesan ribut solar ini pada tahap G2 iaitu memberi kesan minor dan sederhana. Tahap ribut solar diukur dari ukuran G1 hingga G5 dengan tahap G5 sebagai paling tinggi.

Ribut Solar pada tahap G5 telah mengakibatkan kesan-kesan buruk seperti kebakaran talian kuasa elektrik dan telegraf, penerbangan-penerbangan terpaksa diubah laluan, satelit hilang fungsi dan rosak, gangguan kepada sistem GPS, saluran komukasi radio tergendala.

Peristiwa ribut solar Carrington pada 1895, dicatatkan sebagai ribut solar pertama yang direkodkan dengan kesan gangguan teruk kepada sistem telegraf dunia. Operator-operator sistem telegraf dilaporkan terenjat dan mencetuskan kebakaran di beberapa stesen telegraf.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: