Saintis Harvard Kantoi Tipu Data Kajian – New York
NEW YORK, 26 Jun 2023 – Seorang profesor Pentadbiran Perniagaan di Universiti Harvard Francesca Gino telah diberi cuti selepas sebuah blog sains menuduhnya memalsukan keputusan kajian, lapor New York Times pada hari Sabtu.
Data Colada, sebuah blog integriti data telah menerbitkan satu pemeriksaan terperinci berkaitan dakwaan penipuan Gino, ini termasuk hasil kajian palsu yang ditemui dalam sekurang-kurangnya empat artikel saintis Harvard itu.
BACA JUGA: Pajak Gadai Berlesen Dilarang Jual Semua Emas Gadaian
BACA JUGA: Pemborong Dapat Surat Harga Beras Naik – Sumber
BACA JUGA: Aidiladha: PDRM Laksana Op Lancar Seluruh Negara Rabu Hingga Ahad Ini
Walau bagaimanapun, penemuan itu telah dipetik ratusan kali dalam kertas lain, dengan beribu-ribu dolar dibelanjakan oleh kerajaan yang cuba mengubahnya menjadi dasar.
Salah seorang pengarang bersama Gino, Max Bazerman, profesor Sekolah Perniagaan Harvard memberitahu pada 2021, bahawa hasil kajian lain daripada artikel itu bukan sahaja tidak boleh dibuat semula malah ia adalah palsu.
Tambahnya, laporan 14 muka surat yang dikeluarkan menunjukkan bukti seseorang telah sengaja mengubah suai data eksperimen, membatalkan keputusan, mencadangkan jurnal yang telah diterbitkan dan kemudian menariknya balik selain menambah nota yang menjelaskan perkara ini.
Sebelum ini tiga orang saintis kajian tingkah laku manusia dalam Data Colada telah membongkar kepalsuan data dalam salah satu kajian terkenal Gino.
Data Colada pada minggu lalu mendedahkan kebimbangan mereka terhadap Harvard mengenai pemalsuan data oleh Gino.
Di samping itu, mereka turut menerbitkan bukti bahawa profesor bintang itu telah memalsukan keputusan dalam dua lagi kertas kerja yang ditulis bersama.