Tempatan

Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Cabar Pihak Berkuasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 25 Julai 2023 – Pengikut ajaran sesat ‘Si Hulk’ disifatkan telah mencabar pihak berkuasa serta mencabar negara berikutan Islam adalah agama rasmi negara ini, kata Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan siasatan terhadap mereka yang memuat naik video menyebarkan ajaran menyeleweng ‘Si Hulk’ di media sosial berikutan tindakan itu dianggap sebagai mencabar pihak berkuasa.

BACA JUGA: Pemulihan Pantas COVID-19 Tarik Ekspatriat Dan Pelabur Global Ke Malaysia

BACA JUGA: Ajaran Sesat ‘Si Hulk’: Lantik Pakar Akidah Pulihkan Ketua & Pengikut – Presiden ASWAJA

BACA JUGA: REE Kedah: SPRM Masih Kesan Saksi Dari China

Tegas beliau, perbuatan sedemikian tidak boleh diterima dan pihak polis akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) agar tindakan diambil terhadap golongan tersebut.

Menurut Kamarul Zaman, pihak keluarga juga dinasihati agar peka dengan kegiatan anak-anak mereka ekoran bimbang sekiranya generasi muda terpengaruh dengan ajaran menyeleweng terbabit.

Fatwa Johor yang diwartakan pada 22 Julai 2021 telah mengkategorikan ajaran ‘Si Hulk’ yang diasaskan oleh Suhaini Muhammad itu sebagai sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: