Antarabangsa

Saintis Berjaya Cipta Embrio Sintetik

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISRAEL, 08 Ogos 2022 – Saintis Israel telah berjaya mencipta “embrio sintetik” tanpa menggunakan sperma mahupun sel telur. Ini merupakan inovasi yang pertama kali berlaku di dunia, di mana embrio tersebut hanya dihasilkan dari pengambilan sel stem dari kulit tikus.

Penghasilan ini melalui sebuah eksperimen telah berjaya merekodkan bahawa sel stem yang diambil dari tikus telah berjaya “bergabung dan berubah” menjadi sebuah struktur yang kelihatan seperti embrio, yang mempunyai saluran usus, otak malah mempunyai jantung yang berdegup.

Menurut seorang ahli biologi sel, Professor Jacob Hanna dari Institut Sains Weizmann, “…penemuan tersebut adalah sesuatu yang amat menakjubkan kerana ianya adalah tanpa sperma, tanpa telur dan tanpa uterus, tapi kami berjaya mendapatkan embrio yang dihasilkan semata-mata menerusi sel stem.”

Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama kejadian embrio haiwan yang secanggih ini yang dihasilkan hanya daripada sel stem. Beliau juga menyatakan bahawa hasil daripada eksperimen tersebut dapat membuka jalan bagi memajukan lagi kajian berkenaan menumbuhkan struktur seperti embrio tiruan yang dapat digunakan dalam bidang perubatan, termasuk dalam membangunkan organ manusia bagi tujuan pemindahan organ.

“Embrio adalah mesin menghasilkan organ yang terbaik. Ianya juga merupakan bio-pencetak 3D terbaik. Kami cuba untuk meniru apa yang embrio ini lakukan,” jelasnya lagi.

Penggunaan embrio manusia sebagai punca bagi sel stem untuk membangunkan organ untuk tujuan transplan atau pemindahan telah menimbulkan beberapa isu berkaitan etika. Namun dikatakan beberapa kajian yang terkini telah membuka jalan bagi menyelesaikan isu ini.

Leave a Reply

Back to top button