Sah, Dewan Rakyat Luluskan Cukai Beli Barangan Online
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2022 – Barangan yang dibeli secara atas talian berkemungkinan bakal dikenakan cukai susulan lulusnya Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Pindaan yang memfokuskan pada mengenakan cukai ke atas barangan bernilai rendah yang dibeli secara atas talian itu diluluskan melalui undian suara.
Pindaan itu juga bertujuan bagi memasukkan penjual di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan, di mana sebelum ini, hanya pengimport dan pengilang sahaja yang berada di bawah bidang kuasa tersebut.
Bahagian III(A) akan dimasukkan ke akta berkenaan bagi ‘memperkenalkan’ takrifan-takrifan baru seperti takrifan bagi “penjual”, “barang bernilai rendah” dan “penjual berdaftar”.