Antarabangsa

Israel Semakin Rancak Jalin Hubungan Ketenteraan Dengan Negara Timur Tengah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 08 Julai 2022 – Kerajaan rejim Israel didakwa semakin rancak menjalinkan hubungan ketenteraan dengan negara-negara teluk yang terletak di kawasan Timur Tengah, berikut merupakan laporan The Economist.

Menurut laporan tersebut, peluang untuk timbulnya pakatan antara Israel dan negara-negara teluk seperti Morocco, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara sekitar semakin cerah.

Pada 20 Jun lalu, Benny Gantz, Menteri Pertahanan Israel telah memaklumkan kepada Knesset (parlimen Israel) bahawa mereka sedang berkerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi ‘memperkukuhkan’ kerjasama ketenteraan dengan negara-negara Arab.

Antara usaha ketenteraan yang mungkin diterajui bersama oleh Israel dan negara-negara arab adalah pembinaan Sistem Pertahanan Udara Timur Tengah (MEAD) yang dipercayai mampu menghentikan sebarang serangan.

Lebih mengejutkan, Benny turut menyatakan “program ini sudah pun mula beroperasi.”

Menurut laporan tersebut, pakatan antara rejim Israel dan negara-negara Arab ini timbul kerana kedua-dua pihak mempunyai kepentingan antara satu sama lain.

Di pihak Israel, mereka mengimpikan untuk menubuhkan sebuah markas udara di kawasan berhampiran Iran, sekali gus memudahkan rejim tersebut untuk mengebom stesen nuklear milik Iran pada masa akan datang.

Manakala di pihak negara-negara Arab pula, mereka menagih teknologi pertahanan anti-peluru berpandu milik Israel, seperti teknologi ‘Iron Dome’ yang sering didakwa berjaya menampan serangan pejuang-pejuang kemerdekaan Palestin.

Terdahulu, samudera.my turut mendedahkan bahawa Putera Mahlota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dipercayai bakal memeterai perjanjian ketenteraan berskala besar dengan Israel, di mana perjanjian tersebut menelan belanja sehingga beberapa bilion ringgit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: