Tempatan

Sabotaj Perdamaian Gaza! 48 NGO Bantah Depan Kedutaan US Selama 6 Malam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2023 – Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) dijadual mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) selama enam malam bermula hari ini.

Menerusi kenyataan media Sekretariat Solidariti Palestin, aksi ‘Kepung Demi Palestin’ ini diadakan bagi membantah tindakan Amerika Syarikat yang berulang kali menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj sebarang usaha mencapai perdamaian di wilayah Palestin.

“Sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan, kami sedih mendengar, membaca dan melihat pengeboman membuta tuli terhadap orang awam, rumah dan hospital serta pembunuhan beramai-ramai terhadap nyawa tak berdosa, anak-anak, bayi, perempuan dan lelaki yang dilakukan siang dan malam oleh angkatan bersenjata Israel.”

Lantas itu, mulai 26 Disember hingga 31 Disember, aktivis yang terdiri dari organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik dari pelbagai spektrum akan berkumpul di hadapan kedutaan AS sebagai respon rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menuntut tindakan segera.

414073886_202108889642413_1266243219523474140_n.jpg?resize=300%2C212&is-pending-load=1#038;ssl=1

Dalam bantahan tersebut, mereka menyeru supaya pembunuhan sewenangnya terhadap rakyat Palestin dihentikan, gencatan senjata dilaksanakan dengan segera, kekal dan tanpa syarat, pertempuran dihentikan untuk menangani keperluan rakyat Gaza serta pengiktirafan hak rakyat Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Tambah kenyataan sama, ‘Kepung Demi Palestin’ akan diadakan secara aman dengan pelaksanaan acara solidariti pada setiap malam serta perancangan satu himpunan mega diadakan pada 31 Disember sebagai acara penutup.

“Justeru, kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit, serta mereka yang bersolidariti bersama rakyat Palestin, atas semangat kemanusiaan untuk bersama dalam aksi ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: