Tempatan

Sabah Tubuh Majlis Halal Sabah Tangani Isu Halal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 30 November 2022 – Kerajaan Negeri Sabah menubuhkan Majlis Halal Sabah (MAHAS) bagi menguruskan dan menangani isu halal di negeri itu, lapor berita tempatan.

Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, MAHAS memainkan peranan membincangkan dan menetapkan keputusan berhubung isu halal serta menyelaras tindakan melibatkan bidang kuasa agensi berkaitan makanan, produk atau bahan halal.

Selain itu, MAHAS juga berperanan mencadangkan langkah baharu mengatasi isu halal dengan tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan dasar semasa Kerajaan.

“Isu kemasukan produk makanan, khususnya daging yang diragui status halalnya dari segi syarak, mendorong kepada penyelarasan pada peringkat agensi Kerajaan Negeri dengan Persekutuan membabitkan bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, pihak MAHAS turut membantu industri mikro produk makanan dan minuman di Sabah menerusi Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) yang didirikan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hab bersama SIRIM, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ujar beliau, “Ia adalah pengiktirafan bahawa suatu produk itu halal dan selamat (toyyiban) dimakan serta digunakan, di samping mematuhi prinsip makanan dan minuman dalam Islam.”

Mengulas lanjut, Datuk Dr Mohd Arifin memaklumkan bahawa penubuhan Majlis Halal Sabah telah dibincangkan dan dipersetujui pada 23 November lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: