Tempatan

Acuan HDB, ‘Pecah-Perintah’ Demografi Berkiblatkan Singapura?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2023 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkongsi kegusaran rakannya yang “menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan Kerajaan PH-BN mahu menyusun semula struktur dan taburan demografi Malaysia dengan bimbingan agensi Singapura.” Sambil menegaskan “yang mahu bawa masuk agensi Singapura ialah Menteri PH,” dalam Facebooknya baru-baru ini.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Kerajaan bersetuju menggunakan khidmat pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara.

BACA JUGA: Bawa Masuk HDB Singapura, Wira PERKASA Bimbang Agenda Pecah Perintah

BACA JUGA: Bekalan Ayam: Fasa Pulih, Benda Hidup Sukar Letak Tarikh – Menteri

BACA JUGA: Gangguan Bekalan Air Selama 48 Jam Di Seremban, Kuala Pilah, 31hb Januari

Menurut Datuk Wan Saiful, rakyat perlu merasa bimbang dalam hal ini, lebih-lebih lagi apabila melihat harta pemilikan tanah milik Melayu Pulau Pinang semakin mengecil selepas Kerajaan Negeri melaksanakan apa yang mereka pelajari dari Singapura dan Hong Kong.

“Jika dikaji apa yang PH telah lakukan di Pulau Pinang setelah mereka belajar dari Singapura dan Hong Kong, memang rakyat perlu bimbang kerana kelompok terbesar dalam Kerajaan hari ini ialah DAP.”

“Ambil Pulau Pinang yang ditadbir DAP sebagai contoh. Hari ini milikan tanah Melayu di Timur Laut Pulau Pinang cuma 1.16 peratus, suatu jumlah yang teramat kecil. Daerah Barat Daya Pulau Pinang pula hanya tinggal 15 peratus milikan orang Melayu dan peratusan ini sedang mengecil saban tahun.”

Oleh itu, beliau bimbang dengan nasib Bumiputera sekiranya acuan HDB Singapura dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

“Apa akan jadi kepada nasib Bumiputera jika acuan HDB Singapura seperti dilakukan oleh DAP yang disokong UMNO Pulau Pinang hari ini diimplimentasikan pula di peringkat Persekutuan di bawah PH-BN?”

“Di peringkat Persekutuan pula, pemilikan hartanah Bumiputera adalah kecil. Transaksi rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial yang direkodkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara menunjukkan hanya 36.3 peratus dimiliki Bumiputera,” kata Datuk Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan Bersatu Malaysia.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman turut menyuarakan kerisauan beliau dengan keputusan Kerajaan untuk membawa masuk pakar HDB dari Singapura.

“Dah pupus ke pakar-pakar perancangan bandar tempatan atau ada udang di sebalik batu untuk menyusun struktur penduduk dan pemilikan hartanah negara kita menjadi seperti Singapura?”

“Saya bimbang ada ‘grand design’ politik yang besar di sebalik usaha ini, kita tahu DAP sudah lama membawa masuk model HDB Singapura dan HKHA Hong Kong di Pulau Pinang.”

“Lihatlah apa jadi kepada Pulau Pinang dan pemilikan hartanah di sana. Agenda halus yang disusun menyebabkan ramai yang hanya mampu melihat rumah atau projek pembangunan, khususnya di kawasan pulau, sedangkan orang lain membelinya,” katanya menurut laporan sebuah portal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: