TempatanTerkini

RUU Perbekalan 2021 dibentangkan untuk bacaan kedua di Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat petang semalam.

Tengku Zafrul memaklumkan pindaan itu membabitkan Fasal 2 dalam teks bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu perkataan RM164,151,656,800 kepada RM164,106,656,800.

“Saya juga mohon memaklumkan bahawa Jadual kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 dipinda di bawah ruang ‘amaun’ bagi Maksud B.47, dengan menggantikan perkataan 1,242,464,900 dengan perkataan 1,197,464,900, dan pada Jumlah dengan menggantikan perkataan 164,151,656,800 dengan perkataan 164,106,656,800,” katanya.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button