Tempatan

RUU Merokok: Peruntukan Benarkan Penguat Kuasa Siasat Tanpa Waran Cetus Perdebatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2022 – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini menimbulkan perdebatan hangat susulan beberapa peruntukan yang dikatakan membenarkan penguat kuasa untuk menggeledah dan menyita tanpa waran.

Hal ini disuarakan oleh seorang pengguna laman sosial Twitter, di mana beliau memetik peruntukan Seksyen 34 sambil menyatakan:

“RUU memberikan kuasa kepada pegawai berautoriti untuk mengakses data komputer, termasuk meminta kata laluan.”

“Boleh tak kita perketatkan ini? Setakat ini saya boleh nampak potensi untuk salah guna,” jelasnya.

Beliau turut memberikan contoh insiden yang boleh berlaku susulan dari peruntukan tersebut.

“Bagi phone, nak check sama ada beli rokok,” jelasnya lanjut.

Berdasarkan laporan sebuah portal tempatan, Seksyen 33 membenarkan pegawai penguat kuasa untuk menggeledah dan menyita tanpa waran sekiranya pegawai tersebut mempunyai sebab munasabah untuk percaya yang usaha mendapatkan waran akan menjejaskan penyiasatan.

Seksyen 31 RUU tersebut pula memperuntukkan kuasa bagi pegawai penguat kuasa untuk menghentikan dan menggeledah sebarang kenderaan yang dipercayai terdapat sebarang produk rokok atau vape yang boleh dikaitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah RUU tersebut.

Berpandukan peruntukan Seksyen 34 RUU itu, pihak penguatkuasa juga boleh meminta akses, menyalin atau mendapatkan sebarang data atau rekod yang disimpan di dalam komputer dan alat lain, di mana pemilik didakwa boleh disuruh untuk menyerahkan kata laluan bagi menyerahkan data tersebut.

Hal ini mendapat perhatian pengguna laman sosial di mana seorang pengguna menyifatkan peruntukan tersebut sebagai sesuatu yang “bermasalah”.

“Nampaknya seperti penyokong tegar RUU larangan merokok menganggap permohonan untuk pinda klausa bermasalah sebagai sesuatu yang pro-merokok.”

“Ramai pengkritik memohon pindaan, bukannya penolakan, bahkan mereka ini bukannya penghisap rokok.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: