RUU Mansuh Hukuman Mati Mandatori Dibentang Mac – Ramkarpal Singh
KAJANG, 23 Februari 2023 – Rang undang-undang (RUU) pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentang di Dewan Rakyat Mac ini, ujar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
Menurutnya, RUU itu akan dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan pada April sebelum diwartakan pada Mei ini. Seramai 1,320 banduan yang dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup akan terkesan apabila RUU itu diwartakan.
BACA JUGA: Pelajar Universiti Ditangkap Cuba Seludup Ganja 1kg Guna Penghantar
Jelas Ramkarpal, selepas undang-undang tersebut diwartakan, banduan terbabit boleh membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan dengan bantuan peguam dan Jabatan Penjara.
BACA JUGA: Bencana Banjir, Malaysia Rugi RM622.4 Juta
Jelasnya, “Mahkamah akan mendengar bukan sahaja daripada tertuduh atau mereka yang telah disabitkan tetapi mangsa dan keluarga akan berpeluang menyampaikan faktor yang akan ditimbulkan untuk perhatian mahkamah melalui Peguam Negara atau Timbalan Pendakwa Raya.”
BACA JUGA: Selepas Gempa Ke-3 Bandar Antakya, Turkiye, Sunyi Sepi
Beliau juga mengatakan bahawa kajian mendalam perlu dibuat dari segi keberatan jenayah yang dilakukan.
“Cadangan-cadangan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat selepas mendengar pendapat semua pemegang taruh dan semua mereka yang mempunyai kepentingan, dari penjara, serta pihak organisasi masyarakat sivil (CSO) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya selepas melawat Penjara Kajang di sini hari ini.