Tempatan

Rusuhan Cheras: Tak Mahu Lagi Kes Arwah Adib Berulang – Cikgu Izzat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 September 2021 – “Kita tidak mahu kes arwah Adib berulang dan kes anggota polis yang dilanggar pemandu mabuk di Seremban juga turut berulang, mati katak semuanya,” kata Naib Pengerusi PEMBELA Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Oleh itu, Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polis Negara perlu segera memberi penjelasan dalam hal ini.

“Rakyat Malaysia juga hendak tahu status kesihatan dan keadaan anggota polis yang telah dipukul oleh kumpulan tersebut, dua perkara ini perlu diumumkan segera hari ini juga.”

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia menegaskan, perkara ini sangat kritikal.

Jika isu ini sensitif sekalipun ataupun isu ini hendak buat benteng jalan, mengapa perlu sampai pukul polis.

Bahkan, isu rasis juga tidak timbul kerana yang memukul Cina dan dipukul ialah polis, apa kaitannya dengan rasis, katanya yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Izzat Johari.

Justeru PEMBELA mahu pihak berkuasa segera menahan kesemua individu suspek yang terlibat dalam video tersebut.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku.”

“Bukan tiga ataupun empat orang seperti yang disahkan oleh polis semalam bahawa mereka sudah menahan 4 orang suspek sedangkan kumpulan itu ramai yang membuat provokasi. Dengan tidak ada penjarakan sosial, tiada pelitup muka dengan erti kata lain, langsung tidak mematuhi SOP.”

“Tiada kompromi kepada sesiapa yang pukul dan belasah kakitangan barisan hadapan kerajaan Malaysia,” tegas Cikgu Izzat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: