Tempatan

Rusuh & Pukul Polis Dengan Kayu Di Cheras, 4 Individu Ditahan – Ketua Polis Cheras

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

CHERAS, 29 September 2021 – Ketua Polis Cheras memaklumkan telah menahan 4 individu berumur antara 19 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan kejadian rusuhan di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan, Jalan Sungai Besi, semalam.

Menurut ACP Muhammad Idzam Bin Hj. Jaafar, kejadian berlaku selepas sekumpulan bangsa Cina bertindak menghalang operasi dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) untuk membina pagar penghadang ‘Hoarding’ bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.

“Semasa operasi sedang dijalankan terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina membawa kayu dan besi. Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi ASP Mohamad Sukri Bin Ishak (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 013-2165881 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian semalam, satu video berkaitan isu ini telah dimuat naik di laman Facebook bagi tujuan meraih simpati dan bagi tujuan eksploitasi.

Pihak polis Daerah Cheras menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut.

Berikutan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button