Rusuh & Pukul Polis: Jangan Biar Kaduk Naik Junjung – Prof Ridhuan Tee
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 30 September 2021 – “Saya amat mengharapkan tindakan tegas mesti dikenakan ke atas ultra kiasu ini oleh kerana kes ini disiasat bawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Jangan biarkan kaduk naik junjung. Salah tetap salah,” kata Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
“Apakah kita tidak pernah belajar daripada kes Almarhum Adib?”
“Sangat pelik golongan ultra kiasu ini kerana sanggup mengaku yang keadaan kecoh berjaya dikawal setelah pihak mereka sendiri datang.”
“Sedangkan pihak polis yang berjaya mengawal keadaan bukan ultra kiasu, ini sekaligus cuba memberikan gambaran seolah-olah polis telah gagal menjalankan tugas,” katanya mengulas lanjut mengenai rusuhan yang berlaku di luar tokong Wong Low Shen See Chee How di Cheras, Kuala Lumpur dua hari lalu.
“Nampak bagaimana ultra kiasu menonjolkan dirinya sebagai lembu suci?”
Kata Prof Ridhuan Tee, keadaan menjadi kecoh apabila sekumpulan penganut yang membawa kayu dan besi, ‘menyerang’ anggota polis dan pihak berkuasa, serta merosakkan jentolak kerana beranggapan pihak berkuasa mahu ‘merobohkan rumah ibadat’ itu. Walhal keadaan sebenar tidaklah sedemikian.
Pihak berkuasa bukan mahu merobohkan tokong tersebut, tetapi merobohkan tembok yang dibina sehingga membahayakan orang awam, terutama pelajar sekolah.
“Golongan ultra kiasu seringkali bertindak bercanggah dengan undang-undang dan kerap kali menghalang penjawat awam menjalankan tugas-tugas mereka.”
Dalam masa yang sama, Prof Ridhuan Tee turut mempersoalkan mengapa kita takut bertindak dalam ruang kuasa kita sendiri.
“Saya cukup hairan kenapa isu kuil atau rumah ibadat bukan Islam tidak pernah selesai-selesai di negara bertuah ini, berbanding dengan surau dan masjid. Surau masjid kalau disuruh pindah, tidak banyak cakap. Patuh dan taat,” keluh beliau.