Antarabangsa

Rusia Umum Undang-Undang Tentera Untuk Kawasan Ukraine Yang Ditawan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 20 Oktober 2022 – Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah mengumumkan pemakaian undang-undang tentera ke atas empat kawasan di Ukraine yang berjaya ditawan oleh Rusia.

Menurut sebuah laporan antarabangsa, Putin, pada Rabu, telah menandatangani undang-undang bagi menggunakan undang-undang tentera ke atas empat kawasan: Kherson, Zaporizhzhia, Donetsk dan Luhansk.

“Biar saya ingatkan bahawa rakyat Republik Rakyat Donetsk, Republik Rakyat Luhansk, serta kawasan Kherson dan Zaporizhzhia, undang-undang tentera berkuat kuasa sebelum menyertai Rusia,” ujar Putin dalam ucapannya.

Baru-baru ini, tentera Ukraine telah mara semula di kawasan Kherson, sekali gus memaksa tentera Rusia untuk melakukan operasi pemindahan strategik. Menurut laporan, antara 50,000 ke 60,000 penduduk di sana terpaksa berpindah ekoran pertempuran yang dijangka bakal memuncak.

Pada Selasa, penduduk di Kherson mula menerima pesanan mesej untuk berpindah dari kawasan tersebut kerana berkemungkinan tentera Ukraine akan membedil kawasan tersebut.

“Mereka diberitahu untuk mengosongkan kawasan kerana warga Ukraine yang jahat akan membedil bandar itu,” kata seorang penduduk di sana kepada sebuah portal media antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: