Antarabangsa

Rusia Sudah Hilang Keyakinan Terhadap Dolar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 10 September 2022 – Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa matawang simpanan tradisional seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan euro telah kehilangan kredibiliti sebagai asas bagi proses persetujuan antarabangsa.

“Negara-negara barat telah melemahkan asas bagi sistem ekonomi global. Keyakinan terhadap dolar, euro dan pound sterling telah hilang bagi menjalankan transaksi, penyimpanan aset serta rizab,” ujar Putin dalam Forum Ekonomi Timur di Vladivostok.

Beliau juga menyatakan bahawa kecenderungan ini telah menjadikan Rusia dan banyak lagi negara lain untuk bertukar matawang, seperti yuan China yang kini telah mendapat perhatian.

“Kita kini selangkah demi selangkah sedang berpaling daripada menggunakan matawang yang tidak boleh diharap. Bahkan sekutu AS juga kini sedikit demi sedikit sedang mengurangkan simpanan dan pembayaran mereka dalam bentuk dolar,” tambah Putin.

Rusia pada April lalu telah mengumumkan bahawa mereka merancang untuk mengikat ruble kepada emas dengan nisbah 5,000 ruble bagi 1 gram emas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: