Antarabangsa

Rusia Beri Amaran Minyak Boleh Cecah USD300 Setong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELBOURNE, 10 Mac 2022 – Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak memberi amaran bahawa harga minyak mentah boleh mencecah lebih AS$300 (RM1,254.18) setong sekiranya Barat meneruskan tindakan menyekat eksport minyak Rusia.

“Adalah jelas penolakan minyak Rusia akan membawa kepada bencana bagi pasaran global.”

Menerusi satu kenyataan, Alexander Novak juga memaklumkan Barat berkemungkinan berdepan penutupan saluran paip gas utama Rusia-Jerman jika meneruskan ancaman berkenaan.

Tambah beliau, Eropah juga akan mengambil masa lebih setahun untuk menggantikan jumlah minyak yang diterima dari Rusia dan ia perlu membayar harga yang jauh lebih tinggi sekiranya tindakan menyekat eksport minyak Rusia dilaksanakan.

Ini kerana, Rusia mengeksport kira-kira tujuh juta tong produk mentah dan minyak diproses sehari iaitu bersamaan 7 peratus bekalan global, menurut Bloomberg.

Selain itu, menurut International Energy Agency (IEA), Rusia mengeksport kira-kira 60 peratus minyak ke Eropah, iaitu kira-kira satu pertiga daripada permintaan minyak rantau berkenaan.

Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo dalam satu persidangan industri memaklumkan bahawa tiada kapasiti di dunia pada masa ini boleh menggantikan tujuh juta tong eksport minyak Rusia.

Kongres Amerika Syarikat menerusi kenyataan Speaker Dewan Perwakilan A.S. Nancy Pelosi sebelum ini menyatakan bahawa kongres tersebut sedang “mempertimbangkan” undang-undang untuk mengharamkan import minyak Rusia.

“Rang undang-undang kami akan mengharamkan import produk minyak dan tenaga Rusia ke Amerika Syarikat, memansuhkan hubungan perdagangan biasa dengan Rusia dan Belarus, dan mengambil langkah pertama untuk menafikan akses Rusia kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: