Tempatan

Kos Haji Meningkat Hampir RM3 Ribu Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2024 – Kos menunaikan haji bagi jemaah Muassasah pada 1445H/2024M telah meningkat hampir RM3 ribu iaitu kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun lalu.

Memetik kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH), kos ibadah itu meningkat sebanyak 8% menyebabkan kadar bayaran bagi jemaah Muassasah kumpulan B40 kali pertama menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 setelah mengambil kira bantuan RM1,000 daripada kerajaan.

Kadar bayaran jemaah kumpulan M40 pula ditetapkan pada RM19,152 sementara jemaah kumpulan T20 perlu menanggung kos penuh sebanyak RM33,300 seorang.

Kenyataan juga menyebut, TH akan terus menyediakan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) bersasar kepada jemaah B40 dan M40 meskipun kos ibadah itu meningkat.

TH-Issues-Hajj-Offer-Letters-Financial-Assistance-Rise-To-RM350-1Mln-Tabung-Haji.png?resize=461%2C283&is-pending-load=1#038;ssl=1

Mengulas lanjut, perbelanjaan dan kos yang disebut meliputi keseluruhan perkhidmatan haji termasuk penginapan, penerbangan, visa, perkhidmatan di Malaysia dan Tanah Suci, operasi Masyair, pengangkutan, pengurusan, kesihatan dan kos operasi lain.

Turut dilaporkan, seramai 31,600 jemaah bakal menerima Surat Tawaran Haji bagi musim haji 1445H/2024M bermula semalam, manakala tempoh rayuan haji pula dibuka melalui platform dalam talian THiJARI mulai 26 Januari 2024.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: