Antarabangsa

Rusia Ancam Tembak Satelit Negara Barat Jika Bantu Ukraine

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 28 Oktober 2022 – Kementerian Luar Rusia, baru-baru ini memberi amaran untuk ‘menembak jatuh’ satelit komersial Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sekiranya mereka memberikan bantuan kepada Ukraine dalam peperangan Ukraine-Rusia.

Menurut sebuah laporan, Konstantin Vorontsov, jurucakap Kementerian Luar Rusia telah menegaskan bahawa AS sedang mencuba untuk mengukuhkan dominasi AS dengan menguasai ruangan angkasa.

“Kami membincangkan tentang keterlibatan komponen infrastruktur ruang angkasa termasuk komersial, oleh AS dan sekutu dalam konflik bersenjata,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik tindakan AS dan sekutu yang menggunakan teknologi satelit untuk membantu Ukraine, dan beliau menegaskan bahawa ia merupakan sesuatu yang berbahaya kerana berkemungkinan orang awam Rusia juga mungkin diancam serangan balas dari Ukraine.

Jelas beliau, tindakan AS dan sekutu tersebut adalah sesuatu yang berbentuk provokatif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: