Tempatan

MM2H Diperketatkan Atas Isu Keselamatan, Bawa Pulangan RM1 Billion Tahun Lepas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2023 – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah membuat kenyataan bahawa Malaysia My Second Home (MM2H) telah membawa pulangan hampir RM1 bilion pada tahun lalu walaupun syarat-syaratnya telah diperketatkan.

Menurut beliau lagi, dalam tempoh lima tahun di antara 2015 hingga 2019 iaitu sebelum berlakunya pandemik COVID-19, negara ini telah mendapat pulangan sebanyak RM958 juta menerusi keseluruhan 3,900 pemohon.

Saifudin seterusnya menyatakan bahawa kini terdapat penurunan bagi jumlah pemohon, namun pihaknya mengambil tindakan mengetatkan lagi syarat bagi mendapatkan pemohon yang berkualiti.

BACA JUGA: MP Langkawi Persoal Sejak Bila ‘Bak Ku Teh’ Makanan Warisan Malaysia?

BACA JUGA: KPM Keluarkan Garis Panduan Baharu Aktiviti Luar Kelas

BACA JUGA: Suami Wanita Tanggal Baju Kelab Komedi, Didenda RM16000

Kenyataan tersebut dikeluarkan Saifudin di dalam Dewan Rakyat sewaktu menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam Daruk Seri Hasni Mohammad.

Pada Ogos 2021, Kerajaan telah membuat pengumuman mengenai sepuluh syarat baharu bagi mereka yang berminat dalam program MM2H itu termasuklah mempunyai aset-aset cair bernilai RM1.5 juta, mempunyai pendapatan bulanan luar pesisir sebanyak RM40,000, mempunyai RM1 juta dalam deposit tetap di Malaysia serta tambahan RM50,000 bagi setiap tanggungan.

Walau bagaimanapun, mereka yang telah mempunyai pas bagi program tersebut hanya perlu mematuhi dua daripada keseluruhan sepuluh syarat baharu itu iaitu peningkatan yuran pas dari RM90 kepada RM500 bagi setahun serta keperluan untuk berada di dalam negara ini sekurang-kurangnya 90 hari bagi setahun.

Menurut Saifudin lagi, sebab bagi tindakan memperketatkan syarat bagi permohonan peogram tersebut adalah bagi menaiktaraf kelemahan keselamatan daripada program yang sebelumnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: