Antarabangsa

Rumah Mudah Alih Piala Dunia Qatar Bantu Mangsa Gempa Turkiye

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 07 Mac 2023 – Qatar telahpun menghantar 400 buah rumah yang berkonsepkan kediaman sementara kepada mereka yang terkesan dengan gempa bumi yang dahsyat yang berlaku di Turkiye dan Syria baru -baru ini.

Rumah-rumah mudah alih tersebut pernah digunakan bagi tujuan penginapan peminat bola sepak sewaktu kejohanan Piala Dunia tahun lalu.

Kini sekitar dua juta individu tinggal di perlindungan sementara setelah kejadian gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu yang telah mengorbankan lebih daripada 50,000 nyawa di Turkiye dan Syria.

Dua buah kapal yang membawa sekitar 400 unit kediaman mudah alih telah selamat tiba di bandar Iskenderun. Manakala selebihnya masih dalam perjalanan, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh wakil Qatar ke Turkiye, Sheikh Mohammad bin Nasser Al Thani.

BACA JUGA: Banjir: 16 Mac Tarikh Baharu Ujian SPM

BACA JUGA: PERHATIAN! Jalan Kuantan-Segamat Ditutup Sehingga Akhir Mac Ini

BACA JUGA: Sarawak Berisiko Banjir Kilat

Menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kini lebih dari 1.5 juta mangsa telah kehilangan tempat tinggal berikutan tragedi dahsyat tersebut.

Beberapa media pula melaporkan bahawa mangsa yang terselamat kini berlindung di khemah-khemah, kontena dan juga di dalam keretapi. Mereka kini tidak mempunyai hala tuju dan hanya berlindung pada apa sahaja yang dapat melindungi mereka daripada kedinginan malam.

Minggu lalu, terdapat sebuah lagi gempa bumi yang bermagnitud 6.5 telah melanda bandar Yesilyurt di wilayah Malatya yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya satu nyawa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: