Rumah Kongsi Buruh Asing Jadi Markas Perburuan Haram Haiwan Liar
KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menyerbu satu rumah kongsi pekerja asing yang dijadikan ‘markas’ aktiviti pemburuan haram haiwan liar.
Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 7.30 pagi kelmarin di Kampung Beng, Lenggong, Perak menyaksikan penemuan kaki kambing gurun, ekor harimau kumbang, tengkorak hidupan liar dan berpuluh duri landak raya.
“Turut ditemui adalah tulang hidupan liar serta jerat dawai yang digunakan untuk menangkap haiwan liar di dalam hutan secara haram.”
BACA JUGA: KDN Rampas Bahan Al-Quran, Peranti Elektronik Bernilai Hampir RM62,000
BACA JUGA: Penjualan Padi: Kartel ‘Bunuh’ Kilang Kecil Bumiputera
BACA JUGA: Sungai Dicemari Air Larut Resap, Punca Kematian Ikan
Katanya, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Utara tersebut membabitkan kerjasama pegawai Perhilitan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
“Seramai 17 penghuni di rumah kongsi itu disoal siasat membabitkan seorang lelaki tempatan, empat warga Myanmar dan 12 warga Indonesia.”
“Hasil pemeriksaan, kediaman itu juga dipercayai dijadikan lokasi menjerat hidupan liar dan melapah haiwan yang diburu sama ada untuk dimakan atau dijual di pasaran gelap,” katanya.
Menurutnya, tindakan turut diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 berikutan ada warga asing ditahan tidak memiliki dokumen sah memasuki negara ini.
“Semua bahagian haiwan dipercayai bernilai sekitar RM20,000 itu kemudian disita untuk tindakan lanjut,” katanya.